Senin, 05 Desember 2016


MAKNA TASAWWUF, SALIK & SUFI.

ILMU TASAWWUF
Adalah ilmu dzouq (rasa). Sesiapa
yang merasai dan mengalaminya
sendiri akan faham dan
mengetahuinya. Untuk mengetahui
perlulah memasuki dan
menggembara pada jalan kerohanian
yang dibimbing oleh guru mursyid
yang kamil mukammil yang sudah
merasai hakikat, ma'rifat. Juga ilmu
mendidik dan mensucikan hati dari
perkara yang menghijabkan diri
dengan ALLAH SWT. Tujuan
pelajarinya hanya kerana ALLAH SWT.
Ilmu ini juga dikenali sebagai ilmu
ihsan.
SALIK
Adalah seorang murid yang berjalan
dalam jalan kerohanian yang telah
berbaiah dengan guru mursyidnya
dalam tempoh tariqoh. Salik masih
lagi dalam keadaan tidak suci dari
tarikan nafsu. Tetapi salik boleh
ditarbiah oleh mursyid sekiranya dia
ghaflah (lalai) dalam perjalanannya.
Dia akan diuji disetiap perjalanan
yang dia lalui. Ujian itu tidak lain
tidak bukan, hanyalah untuk
mendekatkan diri dia pada ALLAH
SWT.

SUFI
Menurut Sheikh Abu Al-Abbas Al-
Mursi ialah perkataan sufi yang
terbentuk daripada empat huruf
iaitu sod, waw, fa, ya; Huruf sod
bererti shabruhu (kesabarannya),
shidquhu (kejujurannya), dan
shafa'uhu (kesuciannya). Huruf waw
bererti wajduhu (kerinduannya),
wudduhu (kecintaannya), dan
wafa'uhu (kesetiaannya). Huruf fa
bererti fadquhu (kehilangannya),
faqruhu (kepapaannya) dan fana'uhu
(kefanaannya). Huruf ya adalah huruf
nisbat. Apabila semua sifat itu telah
sempurna pada diri seseorang, dia
layak untuk menghadap ke hadirat
Tuhannya (ALLAH SWT). Mereka sufi
tidaklah berjalan seorang diri tanpa
bimbingan gurunya tapi dari
bimbingan guru mursyid yang kamil
mukammil dan semuanya dengan
izin ALLAH SWT.

Wallahu a'lam.
.
#Kajian_Sufi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Serum Pencerah Wajah Terbaik dari Pond's Indonesia

Assalamu'alaikum,, Hallo cantik,, ada yang baru nih dari pond's yaitu Pond's Bright Beauty Triple Glow Serum dan Triple Glow Se...